Projek selenggara lif, kuarters kerajaan tahun depan

Anwar (dua dari kanan).
Anwar (dua dari kanan).
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pasukan Petugas Khas Reformasi Agensi (STAR) diberikan tanggungjawab untuk mempercepat pelaksanaan projek selenggara lif berjumlah RM91 juta dan kuarters kerajaan sebanyak RM170 juta pada tahun hadapan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, dalam menggerakkan agenda reformasi, STAR yang dipengerusikan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali telah berjaya mempercepat pelaksanaan projek khususnya melibatkan isu kesesakan di hospital dan pembaikan sekolah serta klinik daif.

Beliau yang juga Menteri Kewangan itu berkata, kerajaan memperuntukkan RM2.4 bilion untuk membina, menyelenggara dan membaik pulih kuarters penjawat awam, guru, hospital, anggota polis, tentera serta bomba.

“Keadaannya sangat mengaibkan kerana terlalu daif untuk kita serahkan tugas besar kepada polis, tentera, bomba, pasukan penjara dan lain-lain.

“Tetapi, hidup dalam keadaan yang terdesak dengan kemudahan asas tidak diperbaiki sekian lama,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan 2024 Malaysia Madani di Dewan Rakyat, di sini pada Jumaat.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!