Belanjawan 2024: Anwar sebut empat falsafah Cina

Anwar ketika membentangkan Belanjawan 2024 bertemakan Reformasi Ekonomi Memperkasakan Rakyat pada Jumaat. Foto: Bernama
Anwar ketika membentangkan Belanjawan 2024 bertemakan Reformasi Ekonomi Memperkasakan Rakyat pada Jumaat. Foto: Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencuri tumpuan Dewan Rakyat apabila empat perkataan falsafah Cina yang disebut ketika membentangkan Belanjawan 2024 mendapat tepukan ahli Parlimen.

Anwar yang juga Menteri Kewangan menyebut perkataan itu sebagai merujuk empat perkara asasi sebagai tonggak kekuatan Kerajaan Perpaduan.

“Filasuf Cina Mengzi telah merumuskan empat perkara asasi sebagai tonggak kekuatan (iaitu) ren, yi, zhi dan li, maknanya menekankan aspek insaniah (ren), ihsan (yi), hikmah (zhi) dan adat (li).

“Inilah yang dikatakan kekuatan dalaman yang ditekankan awal tadi. Reformasi demi menamatkan penderitaan rakyat, membasmi amalan rasuah yang sistemik, mengurangkan karenah birokrasi bagi menyegerakan projek rakyat serta membangun tatanan politik yang stabil,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan 2024 bertemakan Reformasi Ekonomi Memperkasakan Rakyat pada Jumaat.

Belanjawan kali ini merupakan yang kedua dibentangkan beliau di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!