Belanjawan 2024: Kerajaan perluas Dasar Peluang Kedua

Kerajaan akan memperluaskan Dasar Peluang Kedua kepada golongan muda berusia 40 tahun ke bawah yang mempunyai hutang tidak melebihi RM200,000 pada tahun depan. - Gambar hiasan.
Kerajaan akan memperluaskan Dasar Peluang Kedua kepada golongan muda berusia 40 tahun ke bawah yang mempunyai hutang tidak melebihi RM200,000 pada tahun depan. - Gambar hiasan.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan memperluaskan Dasar Peluang Kedua kepada golongan muda berusia 40 tahun ke bawah yang mempunyai hutang tidak melebihi RM200,000 pada tahun depan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, setakat Julai 2023, hampir 14,000 kes muflis dengan hutang kecil di bawah RM50,000 telah dilepaskan daripada kebankrapan.

“Hasil pelaksanaan Dasar Peluang Kedua, Akta Insolvensi (Pindaan) 2023 juga telah melepaskan secara automatik daripada pengisytiharan muflis bagi kes-kes semasa dan terkebelakang yang memenuhi syarat,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2024 Malaysia Madani di Dewan Rakyat, di sini pada Jumaat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said pada 5 Oktober lalu berkata, Dasar Peluang Kedua menyasarkan pelepasan sehingga 130,000 orang bankrap bagi tempoh setahun berikutan penguatkuasaan akta itu.

Jelasnya, melalui pelaksanaan Akta A1695 juga, tadbir urus kebankrapan ditambah baik dengan penggunaan teknologi komunikasi jarak jauh bagi pengendalian mesyuarat pemiutang dan penyerahan notis dan dokumen pentadbiran kebankrapan secara komunikasi elektronik.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!