Belanjawan 2024: Pengecualian duti hiburan persembahan artis tempatan

Anwar ketika membentangkan Belanjawan 2024 Malaysia MADANI bertemakan “Reformasi Ekonomi, Memperkasa Rakyat" di Dewan Rakyat pada Jumaat. - Foto: Bernama
Anwar ketika membentangkan Belanjawan 2024 Malaysia MADANI bertemakan “Reformasi Ekonomi, Memperkasa Rakyat" di Dewan Rakyat pada Jumaat. - Foto: Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kerajaan bercadang untuk menurunkan kadar duti hiburan bagi Wilayah Persekutuan sebagaimana yang dilaksanakan di Selangor.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kadar duti sebanyak 25 peratus akan dikecualikan sepenuhnya bagi persembahan pentas oleh artis tempatan.

“Pengurangan kepada lima peratus duti hiburan juga dibuat bagi taman tema, pusat rekreasi keluarga, pusat permainan indoor dan simulator.

“Kita juga akan melaksanakan pengurangan kepada 10 peratus duti hiburan bagi persembahan pentas oleh artis antarabangsa dan acara hiburan lain seperti tayangan filem serta acara sukan dan permainan,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2024 Malaysia Madani di Dewan Rakyat di sini pada Jumaat.

Anwar turut menyeru agar kerajaan negeri lain agar dapat mempertimbangkan pengurangan duti hiburan yang dilihat mampu menyokong perkembangan bakat-bakat kreatif tempatan di samping merancakkan lagi aktiviti pelancongan negara.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!