Jurulatih India salahkan padang

 Igor Stimac
Igor Stimac
A
A
A

PENGENDALI India, Igor Stimac mengakui keadaan padang di Stadium Nasional Bukit Jalil sangat teruk dan menjadi antara faktor pasukannya gagal untuk beraksi dengan baik.

Menurutnya, ia menyukarkan para pemainnya bergerak dan boleh mendatangkan kecederaan.

"Namun, saya tetap perlu memuji pemain saya yang beraksi dengan baik walaupun berdepan keadaan padang tersebut," katanya pada sidang akhbar selepas perlawanan pada Jumaat.

Dalam perlawanan itu, India yang berada di ranking ke-102 dunia terpaksa akur dengan kecemerlangan Harimau Malaya apabila tewas 2-4.

Dalam pada itu, Stimac turut mengakui sorakan penyokong Harimau Malaya yang memenuhi Stadium Bukit Jalil menjadi kekuatan buat pasukan tuan rumah.

Beliau juga tidak mahu menyalahkan keputusan pengadil walaupun ada beberapa keputusan yang menimbulkan kontroversi.

"Penyokong Malaysia sangat luar biasa dan tahniah kepada Malaysia," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!