Ronaldo ledak dua gol bantu Portugal mara ke Euro 2024

Ronaldo - Foto EPA
Ronaldo - Foto EPA
A
A
A

CRISTIANO Ronaldo meledak dua gol ketika Portugal menewaskan Slovakia 3-2 di Porto pada Sabtu untuk menempah tempat ke Euro 2024.

Ronaldo menjaringkan penalti pada separuh masa pertama dan satu lagi gol pada separuh masa kedua ketika Portugal mencatatkan tujuh kemenangan daripada tujuh perlawanan dalam Kumpulan J.

“Cristiano Ronaldo sedang menikmati permainannya, bermain banyak minit dan menjaringkan banyak gol untuk kelabnya.

“Dia mempunyai banyak pengalaman dengan pasukan kebangsaan dan dia adalah tempat rujukan untuk pemain muda,” kata jurulatih Portugal, Roberto Martinez.

Slovakia ketinggalan lapan mata di tempat kedua, dua mata di depan Luxembourg yang akan dihadapi mereka pada Isnin.

Portugal bermula dengan cemerlang apabila Ramos menyudahkan hantaran lintang Bruno Fernandes pada minit kelapan untuk menewaskan Martin Dubravka di gawang Slovakia.

Ia menjadi gol ketujuh dalam hanya sembilan perlawanan untuk Ramos dan bantuan gol keenam untuk Fernandes yang hampir menggandakan jaringan pada minit ke-26.

Tiga minit kemudian, VAR mengesan bola terkena tangan Denis Vavro dalam kotak penalti dan Ronaldo mudah menyempurnakannya untuk gol ke-124nya untuk Portugal.

Artikel Berkaitan:

Slovakia kembali bangkit pada minit ke-69 apabila rembatan David Hancko membolosi gawang Portugal.

Tiga minit kemudian, Ronaldo menambah jaringan selepas menolak masuk hantaran Fernandes untuk gol ke-125 bersama Portugal.

10 minit sebelum tamat permainan, Stanislav Lobotka menjaringkan gol kedua Slovakia.

“Kami memenangi perlawanan dengan babak pertama yang sangat baik.

“Yang penting ialah hasilnya. Dalam tujuh perlawanan kami telah menunjukkan sikap yang sempurna," kata Martinez.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!