All Blacks lebih selesa status bukan pilihan berdepan Ireland

Imbas kembali...Aksi Mo'unga semasa perlawanan suku akhir Piala Dunia Ragbi Jepun 2019, New Zealand dan Ireland di Stadium Tokyo di Chofu, Tokyo, Jepun pada 19 Oktober 2019. - Foto Agensi
Imbas kembali...Aksi Mo'unga semasa perlawanan suku akhir Piala Dunia Ragbi Jepun 2019, New Zealand dan Ireland di Stadium Tokyo di Chofu, Tokyo, Jepun pada 19 Oktober 2019. - Foto Agensi
A
A
A

NEW ZEALAND All Blacks lebih selesa dengan status pasukan bukan pilihan apabila berdepan pasukan nombor satu dunia, Ireland di pentas suku akhir Piala Dunia Ragbi Perancis 2023 di Stade de France, Saint Dennis pada Ahad.

Pemain All Blacks, Richie Mo'unga berkata, status itu tidak menjejaskan tumpuan dan misi pasukan di temasya sukan terbesar ragbi dunia.

Sebaliknya pemain berusia 29 tahun itu menyifatkan aksi berdepan Ireland merupakan motivasi terbaik buat juara dunia tiga kali tersebut.

"Status bukan pilihan di kejuaraan dunia berprestij sukan ragbi ini bukan satu masalah besar kepada kami.

"Pencapaian Ireland dalam beberapa tahun ini juga tidak boleh dinafikan tidak hebat pasukan gergasi lain.

"Ireland pasukan nombor satu dunia ketika ini, namun kami tidak perlu menjadi pasukan baik tetapi cukup sekadar beraksi pada tahap terbaik untuk perlawanan ini," katanya.

Untuk rekod, New Zealand diletakkan sebagai pasukan pilihan berbanding Ireland dalam Kejuaraan Piala Dunia 2023.

Tambah Mo'unga, New Zealand juga teruja untuk membuktikan keupayaan sebenar dengan motivasi itu pada kejuaraan kali ini.

Artikel Berkaitan:

"Ya, kami sedar kemampuan pasukan ini, namun dengan peluang mara ke separuh akhir, setiap pemain akan berusaha sehabis baik dalam perlawanan ini," ujarnya lagi.

PIALA DUNIA RAGBI PERANCIS 2023

SABTU (14 OKTOBER)

Wales lwn Argentina, 11 malam

AHAD (15 OKTOBER)

Ireland lwn New Zealand, 3 pagi

England lwn Fiji, 11 malam

ISNIN (16 OKTOBER )

Perancis lwn Afrika Selatan, 3 pagi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!