Sindiket penipuan kerja sambilan dalam talian tumpas

Antara peralatan dipercayai digunakan ahli sindiket ketika menjalankan kegiatan penipuan dirampas menerusi serbuan Isnin lalu.
Antara peralatan dipercayai digunakan ahli sindiket ketika menjalankan kegiatan penipuan dirampas menerusi serbuan Isnin lalu.
A
A
A

AMPANG - Sindiket penipuan kerja dalam talian ditumpaskan susulan enam individu ditangkap di sebuah unit kondominium di Taman D'Suria dekat sini Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, sindiket dipercayai menjalankan kegiatan terbabit sejak beberapa bulan lalu.

Beliau berkata, serbuan dijalankan sepasukan anggota polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya.

"Serbuan kira-kira jam 4.15 petang itu menahan lima lelaki dan seorang wanita warga tempatan berumur lingkungan 20-an hingga 30-an dipercayai terlibat dalam menawarkan pekerjaan sambilan secara dalam talian.

"Turut dirampas lapan set komputer, 25 unit telefon bimbit, satu set router dan satu set modem," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Mohd Azam berkata, sindiket terbabit dikesan menggunakan medium media sosial untuk menjalankan kegiatan penipuan.

"Mangsa yang menjadi sasaran adalah individu yang berasa di luar negara dan kes disiasat bawah Seksyen 420/120(B) Kanun Keseksaan," katanya.

Artikel Berkaitan: