Berbusana Melayu tradisi Kelantan sambut TMK, TMM 2020

Semua penggiat kesenian dan kebudayaan bergambar kenangan selepas majlis.
Semua penggiat kesenian dan kebudayaan bergambar kenangan selepas majlis.
A
A
A

KOTA BHARU - Penggiat kesenian dan kebudayaan di negeri ini digalakkan untuk memakai busana tradisi Kelantan bagi memberi pendedahan kepada pelancong dalam dan luar negara sempena Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2020.

Pengarah Tourism Malaysia Wilayah Timur, Hafiz Hazin berkata, penggiat seni tersebut boleh mengenakan busana di hari minggu sama ada Jumaat atau Sabtu terutamanya yang terlibat dalam program mempromosikan Tahun Melawat Kelantan (TMK) 2020.

"Dalam masa yang sama, kita galakkan juga kepada penggiat seni ini untuk lakukan inisiatif seperti beri sewa kepada pelancong jika mereka ingin cuba memakai pakaian tersebut sebagaimana yang dilakukan negara-negara luar seperti kimono di Jepun.

"Kita sanggup berhabis duit untuk mencuba pakaian tradisi masyarakat luar tidak salah jika kita mencuba pakaian tradisi kita sendiri.

"Bukan mudah untuk kita kembalikan semua ini supaya generasi yang ada ini dapat melihat kembali sejarah-sejarah atuk nenek moyang kita," katanya kepada media di sini.

Terdahulu, beliau hadir pada majlis perasmian program Jejak Sang Tawal-Berbusana Menelusuri Sejarah di Zon Pelancongan Negeri Kelantan di sini.

Program tersebut dirasmikan Pengarah Muzium Kelantan, Ariffin Hussin bagi mewakili Exco Kerajaan Negeri, Mejar Bersara Datuk Md Anizam Abdul Rahman.

Artikel Berkaitan:

Hafiz (kiri) menyampaikan cenderamata kepada Ariffin sempena perasmian majlis tersebut.
Hafiz (kiri) menyampaikan cenderamata kepada Ariffin sempena perasmian majlis tersebut.

Hampir kesemua penggiat seni, budaya dan wakil-wakil agensi serta penggiat pelancongan negeri memakai busana Melayu pada majlis tersebut.

Mengulas lanjut, busana-busana Melayu lama ini boleh dijadikan platform kepada pelancong dari luar negara untuk datang ke Malaysia dan ke negeri Cik Siti Wan Kembang ini.

Menurutnya, pelancong dalam negara juga boleh berkongsi maklumat dan ilmu mengenai busana ini dengan penggiat budaya yang ada contohnya perbezaan fabrik yang digunakan dan sebagainya.

"Nilai identiti kita yang kita kena persembahkan kepada masyarakat luar. Ini yang kita mahu setiap penggiat seni dan budaya terutamanya di Kelantan tonjolkan terutamanya untuk TMK dan TMM tahun depan," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!