Ribuan berlindung di hospital Gaza selepas arahan berpindah Israel

Beribu-ribu rakyat Palestin berlindung di Hospital Al-Shifa, hospital terbesar di Semenanjung Gaza susulan serangan udara tentera Israel yang berterusan.(Gambar fail) - Foto AFP
Beribu-ribu rakyat Palestin berlindung di Hospital Al-Shifa, hospital terbesar di Semenanjung Gaza susulan serangan udara tentera Israel yang berterusan.(Gambar fail) - Foto AFP
A
A
A

GAZA CITY - Beribu-ribu rakyat Palestin berlindung di Hospital Al-Shifa, hospital terbesar di Semenanjung Gaza susulan serangan udara tentera Israel yang berterusan.

"Kira-kira 35,000 penduduk Gaza berlindung di hospital daripada serangan Israel.

"Penduduk berada dalam keadaan panik dan ketakutan.

Penduduk memasang khemah di kompleks perubatan untuk keselamatan," kata Pengarah hospital Mohamed Abu Slima di Facebook, pada Sabtu, lapor Agensi Anadolu.

Tentera Israel memberi amaran kepada 1.1 juta penduduk di utara Gaza agar mengosongkan rumah mereka pada Jumaat, menyebabkan beribu-ribu berlindung di hospital.

Pertempuran terkini di Palestin yang melibatkan Hamas, iaitu pihak berkuasa di Gaza, dan rejim Israel sejak 7 Okt lepas, telah mengorbankan ratusan nyawa di kedua-dua belah pihak. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!