UAE sediakan lebih AS$13 juta bantuan kemanusiaan kepada Palestin

Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum
Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum
A
A
A

DUBAI - Naib Presiden dan Perdana Menteri Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum telah mengarahkan pemberian bantuan kemanusiaan sebanyak AED50 juta (AS$13.6 juta) kepada rakyat Palestin.

Bantuan itu yang disalurkan melalui "Mohammed bin Rashid Al Maktoum Global Initiatives (MBRGI)" adalah sebahagian daripada dasar UAE untuk menyediakan bantuan dan pertolongan segera kepada penduduk yang memerlukan di seluruh dunia semasa krisis, lapor Agensi Berita Emirates (WAM).

Israel telah mengabaikan gesaan antarabangsa untuk menghentikan serangan, selain memotong bekalan air dan elektrik ke Gaza, memburukkan lagi keadaan kemanusiaan di kawasan itu.

Pertempuran terkini di Palestin yang melibatkan Hamas, iaitu pihak berkuasa di Gaza, dan rejim Israel sejak 7 Okt lepas, telah mengorbankan ratusan nyawa di kedua-dua belah pihak. - Bernama

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!