15 peratus bekas pesakit kanser diserang semula

Dr Imi Sairi (tiga dari kiri) bertanya khabar kepada bekas pesakit kanser pada Seminar Bangkit Bersama di Kota Bharu pada Sabtu.
Dr Imi Sairi (tiga dari kiri) bertanya khabar kepada bekas pesakit kanser pada Seminar Bangkit Bersama di Kota Bharu pada Sabtu.
A
A
A

KOTA BHARU - Sebanyak 10 hingga 15 peratus bekas pesakit kanser payudara di Kelantan dikesan diserang semula penyakit berkenaan.

Pakar Perunding Bedah Kanser Payudara dan Endokrin Hospital Raja Perempuan Zainab II, Datuk Dr Imi Sairi Ab Hadi berkata, antara punca utama serangan itu ialah gaya hidup dan pemakanan.

Menurut beliau, walaupun pihaknya berusaha memastikan setiap bekas pesakit bebas kanser namun dalam setiap 100 orang terdapat 10 yang diserang semula.

"Kebanyakan mereka tidak datang ke hospital untuk pemantauan susulan dan kembali semula dalam keadaan kanser tahap tiga atau empat," katanya kepada pemberita selepas Seminar Bangkit Bersama di sini pada Sabtu.

Dr Imi Sairi yang juga Pengerusi Pengerusi Yayasan Kaseh Kanser dan Kronik memberitahu, bekas pesakit sepatutnya meneruskan prosedur yang ditetapkan doktor dan mendengar nasihat bagi mengelak sel bahaya kembali aktif.

Jelas beliau, ada golongan terbabit yang enggan meneruskan pengambilan ubat serta kemoterapi dan menganggap masalah selesai selepas pembedahan.

Peserta Seminar Bangkit Bersama bergambar sebelum mengakhiri seminar.
Peserta Seminar Bangkit Bersama bergambar sebelum mengakhiri seminar.

"Lebih mengecewakan ada ahli keluarga yang menggalakkan rawatan tradisional walaupun kita banyak berusaha di peringkat awal," katanya.

Sementara itu, beliau turut memaklumkan, antara 45 hingga 50 peratus serangan semula kanser melibatkan bekas pesakit berusia antara 30 hingga 40 tahun.

Artikel Berkaitan:

"Dalam usia ini, sel kanser sangat aktif dan mudah merebak disebabkan faktor usia masih muda," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!