Budak tunggang 'unikorn' sebelum jalani rawatan kanser

Wyatt Haas kelihatan gembira menunggang 'unikorn' di partinya.
Wyatt Haas kelihatan gembira menunggang 'unikorn' di partinya.
A
A
A

MONTANA - Seorang kanak-kanak lelaki berusia 5 tahun dari Montana, Amerika Syarikat (AS) yang menghidap kanser otak berpeluang menunggang seekor 'unikorn' sebelum menjalani rawatan di sebuah hospital.

Salah seorang ibu rakan tadika Wyatt Haas bernama Jennifer Nielsen menganjurkan sebuah parti bagi menggembirakan kanak-kanak terbabit yang didiagnos menghidap medulloblastoma bulan lalu.

Dua ekor kuda putih diwarnakan bagi menyerupai 'unikorn' yang merupakan haiwan kegemaran Haas.

Rakan tadika Haas turut hadir ke parti tersebut bagi mengucapkan selamat jalan kepadanya yang akan menjalani rawatan di Hospital Kanak-Kanak St.Jude di Memphis.

Gambar serta video yang dikongsikan ibu bapa Haas di laman Facebook menjadi tular dan warga media sosial tidak ketinggalan memberi kata-kata semangat buat kanak-kanak itu yang sedang berjuang menentang kanser. - Agensi

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!