Festival Kembara Warisan Bangsa 2023 beri pendedahan kepada generasi muda

Muhammad Nasir
Muhammad Nasir
A
A
A

SHAH ALAM - Keunikan yang dibawa menerusi Festival Kembara Warisan Bangsa 2023 merupakan permulaan baik dalam memberi pendedahan kepada masyarakat terutamanya anak muda yang kini semakin kurang mengenali warisan dan budaya negara.

Penasihat Bersama Kumpulan Karangkraf, Datuk Muhammad Nasir Hamzah berkata, festival tersebut membawa permainan tradisional yang sudah hampir pupus dan ia adalah satu usaha untuk menghidupkannya kembali.

“Warisan ini perlu dikekalkan kerana setiap bangsa mempunyai warisan sendiri dan kalau dalam kehidupan, kita juga perlu meninggalkan wawasan dan warisan kepada anak cucu.

“Kalau boleh program seperti ini dianjurkan secara berterusan setiap tahun bukan sahaja di Selangor, malah seluruh Malaysia terutama di Sabah dan Sarawak supaya seni dan budaya warisan dapat dikekalkan.

“Penganjuran program berasaskan pendidikan, kebudayaan, seni dan warisan amat dialu-alukan dilakukan di sini, kalau tak cukup tapak tangan, besar bas kita boleh bagi,” katanya ketika ditemui di Festival Kembara Warisan Bangsa 2023 pada Sabtu.

Tambah Muhammad Nasir, pendidikan adalah penting termasuk semua aspek iaitu akademik, seni, budaya dan tatasusila kerana ia mampu melahirkan generasi husnul khatimah pada masa akan datang.

Ujarnya, sekiranya anak-anak dididik sejak kecil seperti meluangkan masa bersama mereka dengan melakukan aktiviti yang diminati ia mampu meningkatkan nilai kasih sayang dalam hubungan kekeluargaan.

“Setiap persembahan yang diadakan ini fokus kepada perpaduan, pengekalan kebudayaan, warisan, memperkasakan seni jadi tema ini cukup baik dan ia perlu dikekalkan. Mungkin bukan sekali setahun tetapi dua kali setahun.

Artikel Berkaitan:

“Kalau boleh adakan asimulasi seni dan budaya, memperkenalkan semua budaya kaum yang ada dalam negara terutamanya dari Sabah dan Sarawak. Jadi percantuman budaya semenanjung dengan Sabah dan Sarawak itu satu usaha yang sangat baik,” jelasnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!