Izara Aishah selamat lahirkan anak kedua
KUALA LUMPUR - Pelakon jelita, Izara Aishah dan suami, Adib Khalid berkongsi berita gembira mengenai kelahiran bayi kedua mereka.Berita gembira itu disahkan Adib menerusi ruangan komen dalam Instagram milik isterinya pada Jumaat.“Alhamdulillah, menyambut seorang lagi anak perempuan dalam keluarga kami. Terima kasih semua untuk doa-doa kalian,” katanya.
Menerusi hantaran sama, menantu penyanyi tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza itu memuat naik video Adib sedang memangku bayi perempuan yang baru dilahirkan sambil diperhatikan anak pertamanya, Irisa Alaia.Bagaimanapun, Izara tidak memperincikan butiran kelahiran puteri keduanya itu termasuk tarikh bersalin.
Terdahulu, menantu kepada penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza itu memaklumkan bakal melahirkan cahaya mata kedua pada awal Oktober.Izara dan Adib mendirikan rumah tangga pada 17 November 2017 selepas tiga tahun menyulam cinta.
Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Irisa Alaia, 3. - Awani
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
- Iklan -Gitaris kumpulan Spider, Napie meninggal dunia
22 November 2024 07:45amDatang untuk menyanyi, Ernie Zakri terharu menang anugerah di Indonesia
21 November 2024 06:17pmIsteri aktor Harun Hashim meninggal dunia
21 November 2024 12:56pmSambal, Dendeng Nyet Berapi Khairul Aming terima sijil halal
20 November 2024 06:19pmPolis cari Siti Rohani
21 November 2024 01:48pm[VIDEO] 70 hingga 80 peratus kos perjalanan Anwar ke lima negara ditanggung syarikat swasta
21 November 2024 12:18pm18 pegawai imigresen KLIA dibuang kerja
21 November 2024 04:44pm189,580 peminjam tak pernah bayar balik PTPTN merupakan penerima STR
21 November 2024 10:51am