Dua jam Rolex milik pegawai kanan polis dibeli guna wang ibu, bapa
Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Seri Azri Ahmad mengesahkan perkara berkenaan berdasarkan hasil siasatan yang dijalankan jabatan itu.
"Bagaimanapun, JIPS akan meneruskan siasatan dari pelbagai sudut,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Terdahulu, pemilikan jam tangan mewah itu menjadi perhatian ramai di media sosial selepas seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Ipoh pada Khamis lepas atas dakwaan mencuri dua jam tangan mewah milik suaminya dua tahun lepas.
Wanita yang kini dalam proses perceraian dengan suaminya yang juga pegawai polis itu dituduh mencuri jam tangan Rolex Sky Dweller dan Rolex GMT Master-II 9.- Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!