Sambutan Hari Sukan Negara UiTM luar biasa

Warga UiTM Shah Alam meraikan Sambutan HSN 2023 Peringkat UiTM Shah Alam di Kompleks Sukan UiTM Shah Alam pada Sabtu.
Warga UiTM Shah Alam meraikan Sambutan HSN 2023 Peringkat UiTM Shah Alam di Kompleks Sukan UiTM Shah Alam pada Sabtu.
A
A
A

SHAH ALAM - Hari Sukan Negara (HSN) 2023 Peringkat UiTM Shah Alam berlangsung meriah di Kompleks Sukan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam pada Sabtu.

Seramai 2,000 warga UiTM yang terdiri daripada pelajar dan staf UiTM telah membanjiri Kompleks Sukan UiTM Shah Alam.

Pengarah Pusat Sukan, Ahmad Tarmizy Mohammed berkata, sambutan Hari Sukan Negara Peringkat UiTM memberangsangkan pada kali ini.

Malah, katanya, respon dalam kalangan peserta terutama para pelajar untuk menyertai aktiviti-aktiviti kesihatan dan kecergasan juga amat menggalakkan.

“UiTM sentiasa menitikberatkan mengenai hal kesihatan dan kecergasan. Jika melihat dari trend pada waktu petang dan malam, Kompleks Sukan ini tidak pernah sunyi. Lihatlah pada hari ini, sambutan yang luar biasa,” katanya.

Program ini dimulakan jam 7.30 pagi dengan pelbagai aktiviti dianjurkan seperti penalti shootout, netball shooting, dart bulleyes, berbasikal, juggling ball, pemeriksaan kesihatan, dietetik dan kecergasan, aerobik dan juga fun run.

Majlis perasmian disempurnakan Timbalan Naib canselor (HEP) UiTM, Profesor Dr Mohd Sazili Shahibi, turut dihadiri Pengarah Pembangunan Pelajar UiTM, Pengarah Sukan UiTM dan juga Ketua-ketua Jabatan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!