Pelajar bayar yuran bawa botol plastik terpakai ke sekolah

Plastik yang berjaya dikumpul dari pelajar sekolah sebagai bayaran yuran mereka. - Agensi
Plastik yang berjaya dikumpul dari pelajar sekolah sebagai bayaran yuran mereka. - Agensi
A
A
A

NEW DELHI - Sebuah sekolah di Assam, India mengambil langkah tidak pernah dilakukan pihak lain apabila hanya mengenakan yuran pengajian dengan menyuruh pelajarnya membawa botol plastik terpakai ke sekolah.

Langkah tersebut dibuat bagi mengurangkan pencemaran sisa plastik yang semakin meningkat di seluruh dunia.

Ahli politik dari Nagaland berkongsi klip video mengenai sebuah sekolah yang kurang bernasib baik yang hanya menerima barang terpakai berasaskan plastik sebagai bayaran yuran mereka.

Difahamkan, setiap minggu pelajar ini dikehendaki membawa 23 botol plastik ke sekolah.

Sekolah terbabit diasaskan bersama Parmita Sharma dan Mazin Mukhtar pada tahun 2016 selepas mereka mendapati terdapat dua isu penting membelenggu sekolah tersebut iaitu sampah dan buta huruf.

Bagi menyelesaikan isu tersebut, mereka membina sebuah sekolah di mana kanak-kanak boleh belajar secara percuma jika mengumpul botol plastik setiap minggu.

Plastik dikumpul itu digunakan membuat bahan tambahan seperti melengkapkan batu-bata, jalan raya dan tandas.

Netizen yang menonton video tersebut menyuarakan kekaguman terhadap usaha sekolah tersebut yang disifatkan dapat membuka jalan ke arah pendidikan yang mampan. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!