Penjual burger maut terkena renjatan elektrik

Dua lelaki ditemui maut dipercayai terkena renjatan elektrik di sebuah gerai burger di Taman Bercham Raya di sini pada awal pagi Ahad. - Gambar hiasan
Dua lelaki ditemui maut dipercayai terkena renjatan elektrik di sebuah gerai burger di Taman Bercham Raya di sini pada awal pagi Ahad. - Gambar hiasan
A
A
A

IPOH - Dua lelaki ditemui maut dipercayai terkena renjatan elektrik di sebuah gerai burger di Taman Bercham Raya di sini pada awal pagi Ahad. Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian tersebut pada jam 1.15 pagi.

Menurutnya, mangsa yang maut masing-masing berusia 14 dan 30 tahun itu ditemui tidak sedarkan diri di gerai tersebut. "Hasil siasatan lanjut mendapati kedua-dua mangsa merupakan pekerja gerai dan mereka dipercayai terkena renjatan elektrik semasa bekerja di gerai burger tersebut.

"Kes ini diklasifikasi sebagai mati mengejut dan mayat kedua-dua mangsa telah dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad. Yahaya berkata, kedua-dua mereka hanya rakan sekerja dan kematian mereka disahkan oleh pegawai perubatan yang berada di tempat kejadian.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!