Itali mudah benam Malta

Berardi. - Foto Agensi
Berardi. - Foto Agensi
A
A
A

JUARA bertahan, Itali menepati ramalan mudah menewaskan Malta 4-0 dalam perlawanan kelayakan Euro 2024 di Paris awal pagi Ahad.Pemain sensasi, Domenico Berardi memacu kemenangan Itali apabila meledak dua gol pada masa kecederaan separuh masa pertama dan pada minit ke-63.

Sebelum itu Giacomo Bonaventura menyumbat gol pertamanya buat Itali pada minit ke-22 dan Davide Frattesi mengesahkan kemenangan skuad bimbingan Luciano Spalletti.Kemenangan tersebut memastikan Itali kekal di tangga kedua Kumpulan C menjelang pertemuan dengan England pada Rabu.

"Aksi itu akan benar-benar menyaksikan potensi yang kami miliki," ujar Spalletti.Itali yang beraksi kurang satu perlawanan merapatkan kedudukan tiga mata di belakang England menjelang pertemuan mereka di Wembley.

Dalam pada itu, Berardi mempunyai momen indah ketika Itali menewaskan England menerusi penentuan penalti pada final Euro 2020 tiga tahun lalu."Ia satu aksi yang penuh emosi, saya mempunyai memori mengagumkan di stadium itu (Wembley).

"Kami akan pergi ke sana cuba melakukan apa yang kami lakukan hari ini (Ahad). Beraksi dengan cara kami dan mengintai kemenangan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!