Tuah Nagelsman bersama Jerman

Nagelsmann. - Foto AFP
Nagelsmann. - Foto AFP
A
A
A

TUAH Julian Nagelsmann apabila memulakan kariernya sebagai jurulatih Jerman dengan langkah kanan apabila meraih kemenangan ke atas Amerika Syarikat (AS) 3-1 dalam aksi persahabatan awal pagi Ahad.

Nagelsmann mengisi kerusi panas itu selepas Hansi Flick dipecat sebagai jurulatih setelah lima perlawanan tanpa kemenangan.

Skuad bimbingan Nagelsman kali ini dilihat lebih baik berbanding ketika mengalami kekalahan 1-4 di tempat sendiri kepada Jepun bulan lalu.

"Menentang pasukan yang memiliki kepantasan, kami mengamalkan pendekatan yang amat bagus dari segi bola sepak," ujar Nagelsmann.

Jurulatih berusia 36 tahun itu berasakan pasukannya agak tergesa-gesa dalam tempoh 45 minit pertama.

Jerman yang bakal menjadi tuan rumah Euro 2024 itu enggan berputih mata dengan kekalahan mengejutkan lagi apabila mereka mempamerkan persembahan yang mantap pada perlawanan tersebut.

Mereka bangkit selepas ketinggalan menerusi gol pembukaan Christian Pulisic pada perlawanan di East Hartford, Connecticut itu.

Ilkay Gundogan kemudian menyamakan kedudukan pada minit ke-39 dan penyerang tengah Niclas Fuellkrug meletakkan pelawat di depan pada minit ke-58 sebelum Jamal Musiala mengesahkan kemenangan Jerman.

Artikel Berkaitan:

Jerman akan berdepan Mexico di Philadelphia awal pagi Rabu, manakala AS menentang Ghana di Nashville.

AS dan Mexico adalah tuan rumah bersama pusingan akhir Piala Dunia 2026 selain Kanada.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!