Mid Valley Mall Southkey beroperasi seperti biasa
JOHOR BAHRU - Pihak pengurusan pusat beli belah terkemuka, Mid Valley Mall Southkey di sini, mengesahkan pusat beli belah berkenaan beroperasi seperti biasa pada Ahad, biarpun menerima ancaman keselamatan pada Sabtu. Pengesahan berkenaan dibuat menerusi satu kenyataan media oleh pihak pengurusan tertinggi pusat beli belah terbabit diwakili oleh Christopher De Cruz dan Jess Chong.
"Pada jam 6.30 petang Sabtu, kami menerima panggilan atau lebih tepat ancaman keselamatan terhadap pusat beli belah ini (Mid Valley Mall Southkey) termasuk Hotel St Giles di sebelahnya. "Kami kemudiannya telah mengatakan kesemua pengunjung termasuk kakitangan untuk meninggalkan pusat beli belah berkenaan susulan ancaman berkenaan.
"Kami turut dibantu oleh pihak berkuasa ketika keluar dari pusat beli belah berkenaan bagi memastikan kesemua pengunjung serta Kakitangan pusat beli belah berkenaan keluar dengan selamat," menurut kenyataan itu pada Ahad.
Tambah kenyataan itu lagi pihak pengurusan pusat beli belah berkenaan turut membantu melancarkan usaha mengeluarkan kesemua pengunjung serta kakitangan pusat beli belah berkenaan. Usaha-usaha tersebut turut dibantu oleh pihak polis dan bomba yang segera tiba ke lokasi dan segera menjalankan siasatan.
Difahamkan, hasil siasatan juga mendapati tidak ada sebarang bukti atau tanda yang mencurigakan di sekitar kawasan terbabit setakat ini.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!