Perhimpunan solidariti Palestin diadakan di Eropah

Penunjuk perasaan membawa bendera besar Palestin ketika perhimpunan solidariti bersama Gaza, di Dublin, Ireland. - Foto Reuters
Penunjuk perasaan membawa bendera besar Palestin ketika perhimpunan solidariti bersama Gaza, di Dublin, Ireland. - Foto Reuters
A
A
A

GENEVA - Beberapa negara Eropah menyaksikan orang ramai berarak sebagai tanda sokongan terhadap perjuangan Palestin pada Sabtu ketika situasi yang semakin meruncing di Semenanjung Gaza.

Beratus-ratus berhimpun di Stockholm sebagai membantah serangan Israel terhadap wilayah berkenaan, lapor Agensi Anadolu.

'Free Palestine', 'Free Jerusalem' dan 'Freedom for Gaza' dilaungkan dan bendera Palestin dikibarkan oleh rakyat Sweden, Palestin, Arab dan dari pelbagai bangsa tanpa mengira peringkat umur.

Di Dublin, beribu-ribu peserta perhimpunan menyuarakan sokongan terhadap Palestin, sambil melaungkan slogan 'Palestine will be free' dan 'Occupation no more'.

Mereka juga membawa bendera dan sepanduk Palestin, menuntut kepungan di Gaza dihentikan.

Sentimen yang sama bergema di Scotland, dengan ribuan orang turun ke jalanan di Glasgow bagi menyatakan sokongan mereka kepada rakyat Palestin.

Protes besar-besaran di Milan mempamerkan mesej yang sama: 'Free Palestine'.

Di Berlin, polis tidak membenarkan demonstrasi bagi menzahirkan solidariti dengan rakyat Palestin.

Artikel Berkaitan:

Sekumpulan peserta berkumpul di dataran di hadapan Pintu Brandenburg, selepas memohon permit untuk mengadakan tunjuk perasaan.Bagaimanapun, polis meminta mereka meninggalkan dataran atas alasan protes diharamkan.


Utusan China ke Timur Tengah minggu depan, cari jalan tamatkan konflik Hamas-Israel

Utusan China ke Timur Tengah sedang bersedia untuk melawat wilayah bergolak itu minggu depan bagi menggesa gencatan senjata dalam konflik antara Israel-Hamas. - Foto Reuters
Utusan China ke Timur Tengah sedang bersedia untuk melawat wilayah bergolak itu minggu depan bagi menggesa gencatan senjata dalam konflik antara Israel-Hamas. - Foto Reuters

Dalam perkembangan berasingan, utusan China ke Timur Tengah sedang bersedia untuk melawat wilayah bergolak itu minggu depan bagi menggesa gencatan senjata dalam konflik antara Israel-Hamas, lapor media kerajaan.

Zhai Jun dilaporkan akan "berkoordinasi dengan pelbagai pihak bagi mencapai gencatan senjata, melindungi orang awam, meredakan situasi dan mempromosikan perbincangan damai," kata stesen penyiaran CCTV dalam satu video yang dimuat naik di akaun media sosial rasmi mereka.

Duta tersebut juga telah berjumpa dengan wakil-wakil Liga Arab di China pada hari Jumat dan memberitahu CCTV, beliau sangat bimbang berhubung kemungkinan konflik ini berkembang lebih luas.


Reuters desak Israel lakukan siasatan kematian juruvideo

Reuters mendesak Israel untuk menjalankan siasatan menyeluruh, cepat, dan telus mengenai kematian juruvideo mereka, Issam Abdallah, di selatan Lebanon.
Reuters mendesak Israel untuk menjalankan siasatan menyeluruh, cepat, dan telus mengenai kematian juruvideo mereka, Issam Abdallah, di selatan Lebanon.

Sementara itu, berita antarabangsa, Reuters mendesak Israel untuk menjalankan siasatan menyeluruh, cepat, dan telus mengenai kematian juruvideo mereka, Issam Abdallah, di selatan Lebanon.

Desakan itu dibuat Presiden Reuters, Paul Bascobert dan Ketua Pengarang, Alessandra Galloni, ketika tentera Lebanon mendakwa Israel telah melepaskan peluru berpandu yang membunuh Abdallah dan menyebabkan beberapa wartawan lain cedera.

Dalam reaksi segera, tentera Israel menegaskan, mereka sedang menyiasat insiden tersebut. - Agensi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!