HRP2023 cipta rekod barisan perkelahan terpanjang di Malaysia
Seramai 1,000 orang bersamaan 253 lot perkelahan dengan ukuran sepanjang 709.5 meter dicatatkan
Menurut kenyataan media daripada Bahagian Komunikasi Korporat PPj, pemilihan Anjung Floria adalah bertepatan dengan pengisian utama HRP2023 iaitu acara perkelahan kerana ia terkenal sebagai lokasi terbaik menikmati matahari terbenam di Putrajaya, selain merupakan salah satu destinasi yang sesuai untuk melakukan aktiviti beriadah bersama ahli keluarga dan rakan-rakan.
"HRP 2023 berjaya mendapat pengiktirafan bagi rekod The Longest Picnic Line (Barisan Perkelahan Terpanjang di Malaysia) oleh The Malaysia Book of Records (MBOR) dengan penyertaan acara perkelahan seramai 1,000 orang bersamaan 253 lot perkelahan dengan ukuran sepanjang 709.5 meter. HRP2023 mencatatkan jumlah keseluruhan pengunjung seramai 30,000 orang.
"Selain menjadi sebahagian daripada rekod pengiktirafan MBOR, peserta perkelahan turut diadili bagi pertandingan lot piknik tercantik yang dipertandingkan dalam enam kategori iaitu terbuka, komuniti Putrajaya, pelajar sekolah rendah, pelajar sekolah menengah, pelajar universiti dan pengatur acara," kata kenyataan itu.
Manakala aktiviti rekreasi air yang diketengahkan adalah pertandingan open water swimming, kayak rekreasi, klinik stand-up paddle (SUP),water taxi dan SUP sunset.
"Menariknya, HRP2023 turut dimeriahkan dengan 17 jenis aktiviti sukan kenangan, antaranya pertandingan jambatan licin,tangkap itik, tarik tali dalam air, gusti bantal dalam air dan istana pasir.
PPj berharap penganjuran Hari Rekreasi Putrajaya 2023 secara tidak langsung dapat memperkenalkan Putrajaya sebagai bandar mesra rekreasi dan sambutan hari rekreasi akan dijadikan antara acara tahunan yang sambut di peringkat kebangsaan, dengan menjadikan Putrajaya sebagai penanda aras terutamanya terhadap penekanan kepada keindahan landskap bandar, pelbagai aktiviti rekreasi yang ditawarkan dan sokongan kepada gaya hidup sihat serta aktif.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!