Mayat bayi ditemui dalam tangki pam tandas hospital

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

TAWAU - Mayat bayi lelaki masih bertali pusat dipercayai baru dilahirkan ditemukan di dalam tangki pam tandas di Hospital Tawau di sini pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, mayat bayi berkenaan dijumpai oleh pekerja pembersihan yang ketika itu membuat kerja-kerja pembersihan di dalam tandas awam wanita di wad kecemasan hospital itu pada 7.10 pagi.

"Saya mengesahkan pihak polis menerima satu laporan pada 8.09 pagi hari yang sama berhubung penemuan bayi lelaki meninggal dunia di dalam pam tandas hospital berkenaan," katanya dalam kenyataan di sini pada Ahad.

Jasmin berkata, pihak polis membuka satu kertas siasatan di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan.

"Siasatan lanjut sedang dilakukan berhubung kes ini," katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!