Penjual burger maut: 'Dia anak yang baik, suka belanja mak cik'

Nik Nor Diana menunjukkan gambarnya bersama Muhamad Nadim ketika ditemui di Jabatan Forensik HRPB pada Ahad.
Nik Nor Diana menunjukkan gambarnya bersama Muhamad Nadim ketika ditemui di Jabatan Forensik HRPB pada Ahad.
A
A
A

IPOH - Pemergian seorang pelajar Tingkatan 2 akibat terkena renjatan elektrik dalam kejadian di sebuah gerai burger di Taman Bercham Raya di sini pada awal pagi Ahad amat dirasai keluarga. Ibu mangsa, Nik Nor Diana Ismail, 44, mengakui masih terkejut dengan berita kematian anak kedua dari tiga beradik itu, Muhamad Nadim Taqwa Abdul Malek, 14.

Menurutnya, kali terakhir mereka berhubung pada malam Sabtu ketika sedang membantu bapanya meniaga di pasar malam Bercham Raya dekat sini. "Dia anak yang manja dan tak pernah berkira dengan keluarga. Walaupun kerja sambilan, bila dapat gaji dia akan bagi sikit dan belanja makan. "Saya terkejut bila dapat tahu dia meninggal sebab kami baru bermesej melalui WhatsApp. Dia kata rindu nak makan ayam goreng kunyit ibu," katanya dengan sebak ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) dekat sini pada Ahad.

Foto Nik Nor Diana bersama anaknya, Muhamad Nadim.
Foto Nik Nor Diana bersama anaknya, Muhamad Nadim.

Sementara itu, bapa mangsa, Abdul Malek Abdul Samat, 61, berkata, berita mengenai keadaan anaknya itu diketahui melalui rakan. Katanya, ketika sampai di lokasi kejadian Allahyarham dalam keadaan terbaring tidak sedarkan diri dan kawasan tersebut sudah dikawal polis.

ARTIKEL BERKAITAN:Penjual burger maut terkena renjatan elektrik

Menurutnya, menjadi rutin sejak lima bulan lalu Muhamad Nadim membantunya di pasar malam pada sebelah petang dan malam pula bekerja di gerai burger berkenaan. Abdul Malek berkata, Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 2, Tambun setelah selesai proses bedah siasat di HRPB dan solat jenazah.

Sebelum itu, Muhamad Nadim dan rakannya, Mohamad Elias Kamarudin, 30, dilaporkan meninggal dunia selepas terkena renjatan elektrik di sebuah gerai burger di Taman Bercham Raya dekat sini. Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian terbabit kira-kira jam 1.15 pagi.

Menurutnya, mangsa yang maut ditemui tidak sedarkan diri di gerai tersebut sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!