Kapal dari Panama ditahan bersauh tanpa kebenaran

Sebuah kapal bekalan berdaftar di Panama ditahan Maritim Malaysia, Zon Maritim Kemaman pada Jumaat.
Sebuah kapal bekalan berdaftar di Panama ditahan Maritim Malaysia, Zon Maritim Kemaman pada Jumaat.
A
A
A

KEMAMAN - Sebuah kapal bekalan berdaftar di Panama ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Zon Maritim Kemaman di kedudukan 2.5 batu nautika Kuala Kemaman di sini pada Jumaat.

Pengarahnya, Rashidilhadi Abd Rashid berkata, kapal tersebut telah ditahan sekitar jam 4.45 petang kerana gagal mengemukakan sebarang dokumen kebenaran bersauh ketika diperiksa.

"Kapal itu turut dikendalikan oleh 20 orang kru. Nahkoda kapal merupakan warganegara Mexico dan selebihnya warga tempatan yang berumur sekitar 20 hingga 52 tahun dan mempunyai pengenalan diri yang sah.

"Nahkoda dan ketua jurutera kapal telah dibawa ke pejabat Zon Maritim Kemaman untuk diambil keterangan dan siasatan lanjut oleh pegawai penyiasat Maritim Malaysia," katanya dalam kenyataan di sini pada Ahad.

Menurutnya, kes akan disiasat di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 kerana bersauh tanpa kebenaran Pengarah Laut Malaysia.

"Maritim Malaysia akan mempertingkatkan lagi rondaan dan kawalan di Zon Maritim Malaysia bagi memastikan perairan negara sentiasa selamat.

"Selain ia memperkasakan penguatkuasaan bagi menggesa komuniti maritim agar sentiasa mematuhi undang-undang dan mengutamakan keselamatan apabila berada di laut," jelasnya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!