Suami isteri parah Porsche 911 Dakar terbabas, langgar tiang lampu

Keadaan Porsche dinaiki pasangan suami isteri yang terbabas dan melanggar tiang lampu di Batu 16, Jalan Batu Pahat-Mersing dekat Kluang pada Ahad.
Keadaan Porsche dinaiki pasangan suami isteri yang terbabas dan melanggar tiang lampu di Batu 16, Jalan Batu Pahat-Mersing dekat Kluang pada Ahad.
A
A
A

KLUANG - Sepasang suami isteri warga Singapura cedera parah selepas kereta Porsche 911 Dakar dinaiki mereka terbabas dan melanggar tiang lampu di Batu 16, Jalan Batu Pahat-Mersing dekat sini pada Ahad. Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Nor berkata, kejadian itu berlaku semasa pasangan berkenaan berkonvoi dengan beberapa kereta mewah dari republik tersebut pada jam 9.45 pagi.

"Hasil siasatan awal di tempat kejadian mendapati Porsche tersebut bersama beberapa buah kereta mewah dari Singapura sedang berkonvoi dari arah Bandar Kluang menuju ke arah Mersing. "Sampai di tempat kejadian semasa melalui jalan selekoh ke kanan, Porsche berkenaan telah terbabas lalu melanggar tiang lampu tanpa melibatkan kenderaan lain," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Beliau berkata, kemalangan terbabit menyebabkan pemandunya, Ang Yew Tiong patah kaki kiri selain mengalami cedera di tangan dan kaki manakala isterinya, Phay Ai Lien turut cedera di kaki dan tangan. Katanya, Porsche berkenaan rosak teruk di bahagian hadapan selain bumper belakang pecah.

Tambah beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel Berkaitan: