[VIDEO] 'Jangan risau saya Muslim, kami tidak akan menyakiti kamu'
Muzik: Amir marcus - Destiny by Artlist
Anda boleh baca berita penuh di portal Sinar Harian di www.sinarharian.com.my atau swipe up di IG story serta jangan lupa follow IG @sinarharian untuk berita terkini dalam dan luar negara.
#SinarHarian #SinarTerkini #Gaza #Palestine #GazaIsrael #Yahudi" />
TEL AVIV - Seorang wanita Yahudi di selatan Kibbutz, Israel mendedahkan pengalamannya semasa 'dikunjungi' pejuang Hamas baru-baru ini.
Ibu kepada dua anak dikenali sebagai Rotem berkata, beberapa pejuang Hamas memasuki rumahnya di penempatan Kfar Aza.
Menurut Rotem, dalam keadaan panik dia memberitahu pejuang Hamas bahawa tiada orang lain di rumahnya kecuali dia dan dua anaknya.
"Selepas meninjau rumah, salah seorang daripada mereka (pejuang) memberitahu saya dalam bahasa Inggeris 'jangan risau, saya Muslim. Kami tidak akan menyakiti kamu'.
"Saya terperanjat mendengar kata-kata tersebut," ujar Rotem.
Tambahnya, selepas itu dia duduk di atas lantai bersama anak-anaknya di ruang tamu dan salah seorang pejuang Hamas membawa kerusi dari dapur dan memberikan kepadanya untuk duduk dengan selesa.
"Seorang pejuang sentiasa bersama kami di ruang tamu sementara yang lain memeriksa rumah.
"Salah seorang daripada mereka ternampak buah pisang di atas meja dan meminta izin kepada saya untuk memakannya.
"Sepanjang masa mereka bercakap dalam bahasa Arab dan anak saya menyangka mungkin pejuang Hamas ini mahu meminta maaf," kata Rotem.
Ujar Rotem lagi, pejuang Hamas tersebut berada di rumahnya selama dua jam sebelum pergi dan menghilangkan diri.
"Salah seorang mereka menutup rapat pintu dan pergi, itu sahaja," katanya.
Kibbutz yang terletak kira-kira tiga kilometer (km) dari Genting Gaza antara kawasan dikatakan terjejas teruk akibat serangan Hamas.
Media Barat pro-Israel menuduh pejuang Hamas melakukan pembunuhan beramai-ramai di kawasan tersebut. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!