Fasa peralihan monsun
Keadaan cuaca mendung dan hujan di beberapa kawasan sekitar bandaraya George Town hari ini.
Negara pada ketika ini berada dalam fasa peralihan monsun yang telah bermula pada 19 September 2023 dan dijangkakan berakhir pada November 2023.
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), semasa fasa peralihan monsun, rantau negara akan menerima tiupan angin lemah dari pelbagai arah yang kondusif untuk kejadian ribut petir dan lazimnya membawa hujan lebat berserta angin kencang dalam jangka masa yang singkat.
Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa peka dengan perubahan cuaca serta mendapatkan maklumat dan amaran cuaca terkini melalui laman web, aplikasi myCuaca dan media sosial MET Malaysia.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!