Dua lelaki ditemui lemas ketika menjala di tasik Bandar Puteri

Anggota penyelamat berjaya menemukan mayat dua lelaki yang dipercayai lemas di tasik Bandar Puteri, Klang pada malam Ahad.
Anggota penyelamat berjaya menemukan mayat dua lelaki yang dipercayai lemas di tasik Bandar Puteri, Klang pada malam Ahad.
A
A
A

KLANG - Dua lelaki warga tempatan ditemui lemas ketika menjala ikan di tasik Bandar Puteri, dekat sini pada malam Ahad. Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, kedua-dua mangsa yang lemas itu dikenali sebagai Rajakumar, 29, dan Saravanan, 30.

Beliau berkata, seramai empat anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Andalas bergegas ke lokasi kejadian,sebaik sahaja panggilan kecemasan jam 9.07 malam. Menurutya, kumpulan penyelamat yang turut menyertai operasi mencari dan menyelamat melibatkan lapan anggota Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) dari BBP Shah Alam dan Pelabuhan Klang.

“Kedua-dua mangsa berjaya ditemui pada jarak 10 meter dari tebing dengan kedalaman dua meter pada jam 12 tengah malam tadi dan operasi ditamatkan pada jam 12.40 pagi. "Mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!