'Sokongan luar biasa rakyat Malaysia terhadap Palestin'

Perkongsian menerusi laman sosial pada Sabtu lalu menunjukkan mereka yang prihatin turut menyumbangkan barangan kemas untuk membantu umat Islam yang ditindas di Palestin ketika pelancaran #Aid4Palestine2.0 di Rusila, Marang pada Jumaat.
Perkongsian menerusi laman sosial pada Sabtu lalu menunjukkan mereka yang prihatin turut menyumbangkan barangan kemas untuk membantu umat Islam yang ditindas di Palestin ketika pelancaran #Aid4Palestine2.0 di Rusila, Marang pada Jumaat.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Rakyat Malaysia menunjukkan sokongan luar biasa dari segi sumbangan bantuan terhadap negara Islam Palestin susulan konflik yang tercetus selepas serangan besar-besaran rejim Israel ke atas negara berkenaan. Pengerusi Lajnah Hal Ehwal Antarabangsa dan Hubungan Luar Pas Pusat, Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, ia dibuktikan dengan hasil kutipan sumbangan sempena #Aid4Palestine2.0 di Rusila, Marang ketika hari pelancaran pada Jumaat lalu yang mengumpul wang tunai sebanyak RM60,176 serta sumbangan berbentuk barangan kemas.

"Sensitiviti rakyat Malaysia tentang isu melanda penduduk Palestin ketika ini begitu tinggi dan hebat memandangkan ia merupakan isu sejagat yang menyentuh hati semua. "Kita amat terharu kerana pada hari pertama pelancaran itu sahaja kita sudah terima sumbangan wang tunai dan barangan kemas daripada mereka yang prihatin dengan isu menimpa saudara Islam di sana.

"Saya berharap kita semua dapat berganding bahu membantu mereka yang memerlukan akibat daripada penindasan dan kezaliman yang dilakukan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini pada Isnin. Menurut Muhammad Khalil, sidang media khas mengenai kutipan sumbangan itu akan diadakan di Kuala Lumpur pada Rabu ini (18 Oktober) bagi memberi penerangan secara jelas bekenaan perjalanan sumbangan yang akan disalurkan kepada Palestin itu.

"Kita akan memperincikan perjalanan kempen #Aid4Palestine2.0 yang akan dilaksanakan di semua negeri terutama empat negeri yang diperintah kerajaan Pas/PN. "Kita akan kemaskini dari segi penyusunan program-program di peringkat negeri seperti 'roadshow', kerjasama di peringkat badan bukan kerajaan (NGO) di Palestin dan lain-lain lagi," ujarnya.

Mengulas mengenai keseluruhan sasaran kutipan kali ini, Muhammad Khalil berkata, ia sedikit berbeza berbanding kutipan yang dilaksanakan pada 2021.

"Kali ni berbeza sikit sebab ketika #Aid4Pelestine1.0 kita ketika itu adalah sebahagian daripada kerajaan, jadi ia (kutipan) lebih meluas sebab kita boleh masuk melalui agensi-agensi pusat.

"Kali ini kita bergerak atas nama Pas, PN (Perikatan Nasional) dan NGO.

Jadi kita akan lebih fokus kepada empat buah negeri serta negeri-negeri lain.

Artikel Berkaitan:

Dari segi sasaran tu mungkin kali ini tidak begitu besar seperti sebelum ini.

"Di Terengganu kita sasarkan kutipan sebanyak RM1 juta.

Saya rasa insya-ALLAH kita boleh capai dan mungkin lebih.

Mungkin Rabu ini kita akan sebut sasaran keseluruhan kutipan," ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!