Afrika Selatan bergelut atasi Perancis
PENYANDANG juara Afrika Selatan mengesahkan kemaraan ke suku akhir Piala Dunia Ragbi Perancis 2023 setelah menewaskan tuan rumah, Perancis 28-29 dalam perlawanan akhir awal pagi Isnin.
Bagaimanapun dalam aksi separuh akhir di Stade de France, Saint-Denis itu, Springboks kendalian Jacques Nienaber dipaksa bermandi peluh sebelum menjinakkan Les Bleus asuhan Fabien Galthie.
Kejayaan Afrika Selatan yang berstatus nombor tiga dunia mengatasi jagoan kedua terbaik ranking dari Eropah itu membolehkan Springboks berdepan England di pentas empat terbaik.
Sementara satu lagi aksi suku akhir mempertemukan pasukan nombor empat dunia, New Zealand berdepan kuasa ragbi Amerika Selatan, Argentina yang berstatus nombor sembilan dunia.
“Kami tahu betapa sukarnya perlawanan berdepan Perancis di Paris, Mereka telah bermain dengan baik dan konsisten dalam persembahan mereka.
“Mereka juga telah membina kekuatan pasukan dengan baik sebagai satu unit, jadi kami tahu ia akan menjadi perlawanan menguji mental dan fizikal yang sengit.
“Bagi perlawanan berintensiti tinggi sebegini banyak aksi yang telah dimenangi dan tewas dalam lapan minit terakhir,” kata Nienaber.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!