Beratur 1km untuk dapatkan makanan, minum air kotor di Gaza - Dr Ziad

Ahli sukarelawan MyCARE memberi bantuan makanan kepada penduduk Palestin di Beit Lahiya di Utara Gaza. Foto Bernama
MyCARE telah menyalurkan bantuan Fasa Pertama bernilai RM236,650 merangkumi bantuan perubatan dan pek makanan.
Bantuan perubatan diedarkan di Hospital Al-Syifaa Gaza dan seramai 800 pesakit menerima bantuan perubatan terdiri daripada ubat ubatan, kerusi roda, lampin bayi dan dewasa serta kit pertolongan cemas.
Selain itu, sebanyak 1,000 pek makanan telah diedarkan di kawasan sekolah di Gaza yang menempatkan penduduk Gaza yang kehilangan tempat tinggal.
--fotoBERNAMA (2023) HAK CIPTA TERPELIHARA
Ahli sukarelawan MyCARE memberi bantuan makanan kepada penduduk Palestin di Beit Lahiya di Utara Gaza. Foto Bernama MyCARE telah menyalurkan bantuan Fasa Pertama bernilai RM236,650 merangkumi bantuan perubatan dan pek makanan. Bantuan perubatan diedarkan di Hospital Al-Syifaa Gaza dan seramai 800 pesakit menerima bantuan perubatan terdiri daripada ubat ubatan, kerusi roda, lampin bayi dan dewasa serta kit pertolongan cemas. Selain itu, sebanyak 1,000 pek makanan telah diedarkan di kawasan sekolah di Gaza yang menempatkan penduduk Gaza yang kehilangan tempat tinggal. --fotoBERNAMA (2023) HAK CIPTA TERPELIHARA
A
A
A

JOHOR BAHRU - Keadaan di Gaza semakin meruncing berikutan sekatan bagi mendapatkan bekalan air bersih dan makanan, menurut Pengurus MyCARE Gaza, Dr Ziad Shehada.

Beliau berkata, masuk hari kesembilan pertempuran antara Hamas dan pihak berkuasa di Gaza, dan rejim Israel menyaksikan penduduk terpaksa beratur sejauh satu kilometer untuk mendapatkan makanan, selain meminum air kotor.

"Anak saya sendiri beratur selama tiga jam dan hanya diberikan sekeping roti. Kami makan sehari sekali, ini juga bagi mengelakkan penggunaan air yang banyak. Beginilah keadaan penduduk di Gaza keseluruhannya.

"Saya dan keluarga juga minum bekalan air yang kotor kerana tidak mempunyai pilihan. Anak lelaki saya menghadapi masalah buah pinggang dan memerlukan bekalan air bersih," katanya dalam laporan harian kepada Ibu Pejabat MyCARE di Kuala Lumpur, hari ini.

Katanya, sebuah rumah kini menempatkan 60 hingga 70 orang dan boleh mencecah 100 orang kerana mereka berpindah dari satu tempat ke satu tempat yang lain untuk berlindung.

Menurut Ziad, jumlah terkorban mencecah 200 hingga 300 orang sehari, dengan angka terkini lebih 2,300 kematian dan kecederaan melebihi 4,000 orang akibat serangan Israel.

Terkini, MyCARE telah menyalurkan bantuan Fasa Pertama bernilai RM236,650 merangkumi bantuan perubatan dan pek makanan.

Bantuan perubatan diedarkan di Hospital Al-Syifaa Gaza dengan kira-kira 800 pesakit menerima bantuan perubatan seperti ubat-ubatan, kerusi roda, lampin bayi dan dewasa serta kit pertolongan cemas.

Artikel Berkaitan:

Selain itu, sebanyak 1,000 pek makanan telah diedarkan di kawasan sekolah di Gaza yang menempatkan penduduk menghadapi kemusnahan tempat tinggal dan berlindung diri.

Bantuan setakat ini diedarkan di Beit Lahiya di utara Gaza.

Menurut Ziad, selepas konflik ini berakhir penduduk Gaza memerlukan bantuan kemanusiaan daripada seluruh dunia terutamanya bekalan asas bagi meneruskan kehidupan seharian mereka.

Sementara itu, menurut hantaran Facebook terbaru beliau malam tadi berkata: "Saya perlu pergi, hospital yang saya berada sekarang ini, baru sahaja menerima amaran daripada Zionis dan diancam untuk dimusnahkan tetapi pihak pengurusan enggan mengosongkan hospital. Saya akan berjumpa dengan kalian nanti, jika saya masih hidup.” - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!