KPM tarik diri sertai Pesta Buku Frankfurt

Kementerian Pendidikan Malaysia - Gambar hiasan
Kementerian Pendidikan Malaysia - Gambar hiasan
A
A
A

PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menarik diri daripada menyertai Pesta Buku Frankfurt (Frankfurter Buchmesse) 2023 yang dijadualkan berlangsung di Frankfurt, Jerman.

KPM menerusi kenyataan pada Isnin,berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira sikap pro-Israel serta sokongan terbuka daripada penganjur kepada Israel.

"Kementerian tidak akan sesekali berkompromi terhadap keganasan Israel di Palestin yang jelas bertentangan dengan undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia.

"Keputusan yang diambil KPM adalah selari dengan pendirian kerajaan untuk sentiasa bersolidariti dan memberi sokongan penuh kepada Palestin," kata kementerian itu.

Sebelum ini, pengarah Frankfurter Buchmesse, Juergen Boos menerusi laman instagram rasmi Buchmesse menyatakan solidariti dengan Israel selain menyifatkan serangan balas Hamas sebagai 'melanggar hak asasi manusia'.

Susulan itu beberapa penerbit dari negara Islam termasuk Arab Saudi, Kuwait dan Indonesia menarik diri daripada Frankfurter Buchmesse tahun ini.

Delegasi Malaysia diketuai Majlis Buku Kebangsaan Malaysia, agensi di bawah KPM.

Sebelum itu, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mengumumkan keputusan serupa atas alasan sama.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!