Kekurangan pelan kontingensi, penarikan pelabur punca MYAirline gantung operasi
16 Oktober 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A
BERITA SEMASA 16 OKTOBER 2023
Pengarah dan Eksekutif Sementara MYAirline, Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman hari ini berkata sebab syarikat penerbangan itu menggantung operasinya adalah kerana kekurangan pelan kontingensi dan penarikan balik pelabur.
Azharudin yang juga pengarah MYAirline memohon maaf kerana tidak bersikap lebih telus dengan pelanggan mereka sehingga menyebabkan ribuan terkandas di lapangan terbang baru-baru ini.
Selain itu, MYAirline juga mengakui kelemahan komunikasinya dengan kedua-dua Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) dan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), kerana kegagalan untuk berhubung dengan pihak berkuasa dan penumpang dengan lebih tepat sebelum memutuskan untuk menggantung operasinya buat sementara waktu.
Muzik: Elevate dari bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #MYAirline