Sila log masuk terlebih dahulu.
- Iklan -

Najib, anak diperintah bayar tunggakan cukai LHDN lebih RM1.7 bilion

16 Oktober 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A

BERITA MOJO 16 OKTOBER 2023

Datuk Seri Najib Tun Razak dan anaknya, Datuk Mohd Nazifuddin perlu melunaskan lebih RM1.7 bilion tunggakan cukai, bagi tahun 2011 hingga 2017 kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), lapor wartawan Sinar Harian, Noor Azlida Alimin.

Keputusan itu diperoleh selepas lima panel Mahkamah Persekutuan pada Isnin, diketuai Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim sebulat suara menolak rayuan bekas Perdana Menteri itu dan Nazifuddin terhadap penghakiman terus diperoleh LHDN untuk mendapatkan nilai cukai itu.

Ketika membaca keputusan penghakiman, Hakim berkata bahawa Seksyen 106 Akta Cukai Pendapatan 1967 memperuntukkan bagi hutang berkanun, ia perlu dibayar bagi maksud mendapatkan hutang tersebut sahaja.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/629580/berita/semasa/najib-anak-perlu-bayar-tunggakan-cukai-rm17-bilion

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #BeritaMojo #Mojo #SinarTerkini