Lafaz kabul ringkas ‘aku terima’ atau ‘aku reda’ sah

Zulkifli Mohamad al-Bakri
Zulkifli Mohamad al-Bakri
A
A
A

SHAH ALAM - Lafaz kabul ringkas seperti ‘aku terima’ atau ‘aku reda’ oleh pengantin lelaki sudah memadai dan mencukupi serta perkahwinan itu sudah dikira sah.

Bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri berkata, ianya adalah sebagaimana pendapat jumhur ulama serta satu pendapat dalam mazhab Syafi‘i.

Menurutnya, hal ini kerana ia dapat difahami atau kembali semula kepada ucapan wali sebelumnya, maka jelas ucapan pengantin lelaki itu merujuk kepada pernikahan dan perkahwinan.

“Sekalipun begitu, kami tidak menafikan bahawa jika pengantin lelaki mengucapkan, ’aku terima nikahnya’ atau ‘aku reda nikahnya’ atau seumpamanya adalah lebih baik dan keluar daripada khilaf, ini lebih ihtiyat dan sempurna,” katanya menerusi laman web Maktabah Al-Bakri pada Isnin.

Jelasnya. walau bagaimanapun, dalam konteks negara, hal ehwal yang melibatkan perkahwinan penganut-penganut beragama Islam berada di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam dan Majlis Agama Islam negeri masing-masing.

“Oleh itu, ia hendaklah dikembalikan atau merujuk kepada jabatan agama Islam masing-masing,” ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!