Penyingkiran Perancis imbau memori 2011 New Zealand

Tonggak Perancis, Thibaud Flament (kanan) dan Uini Atonio (kiri) cuba melepaskan diri daripada pemain Afrika Selatan semasa perlawanan suku akhir Piala Dunia Ragbi Perancis 2023 di Stade de France, Saint-Denis. - Foto AFP
Tonggak Perancis, Thibaud Flament (kanan) dan Uini Atonio (kiri) cuba melepaskan diri daripada pemain Afrika Selatan semasa perlawanan suku akhir Piala Dunia Ragbi Perancis 2023 di Stade de France, Saint-Denis. - Foto AFP
A
A
A

TUAN rumah Perancis hadir ke pentas ragbi Piala Dunia dengan keyakinan generasi baharu Les Bleus akan meraih kejuaraan sulung di bumi Paris.

Namun berdepan gergasi dunia Afrika Selatan ternyata pengalaman beraksi di pentas kalah mati membezakan kedua-dua pasukan.

Les Bleus bermain di suku akhir fasa kalah mati pertama di bawah Fabien Galthie, tewas 28-29 juga kecewa dengan mutu pengadilan pengadil Ben O'Keeffe.

Ini ditambah dengan senarai penggantian Les Bleus tidak memberi impak penyudah terhadap Springboks di Stade de France.

Penyingkiran suku akhir mengimbau semula memori Perancis dalam dua Piala Dunia sebelumnya pada 2011 juga dipalit isu pengadilan.

Lebih malang Perancis juga dikalahkan dengan satu mata (8-7) dalam perlawanan akhir menentang tuan rumah, New Zealand di Eden Park, Auckland.

“Kami bekerjasama dengan pengadil minggu ini dan akan terus berbuat demikian.

“Saya faham kekecewaan pemain tetapi saya ucapkan tahniah kepada pemain dan kakitangan pasukan Afrika Selatan,” kata Galthie.

Artikel Berkaitan:


PIALA DUNIA RAGBI PERANCIS 2023

Separuh Akhir

SABTU (21 OKTOBER)

Argentina lwn New Zealand, 3 pagi

AHAD (22 OKTOBER)

England lwn Afrika Selatan, 3 pagi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!