Lelaki menyamar jadi pengemis beli iPhone 15 guna duit syiling

Lelaki yang menyamar jadi pengemis membeli iPhone 15 guna duit syiling. - Agensi
Lelaki yang menyamar jadi pengemis membeli iPhone 15 guna duit syiling. - Agensi
A
A
A

NEW DELHI - Di India, memiliki iPhone dilihat sebagai simbol kaya dan orang biasa tidak mampu untuk berbelanja semata-mata membeli telefon model terbaharu dan berharga mahal.

Baru-baru ini, dalam saluran Instagram bernama 'Experiment King' yang menjalankan eksperimen sosial untuk melihat reaksi pekedai jika pengemis datang untuk membeli iPhone.

Dalam video itu, seorang lelaki berpakaian seperti pengemis mengunjungi premis di Jodhpur dengan membawa beg guni berisi syiling untuk membeli telefon tersebut.

Namun, kunjungan lelaki itu tidak dilayan dan malah ada tidak membenarkannya masuk kerana rupa dan pakaian kotor selain tidak menerima duit syiling sebagai pembelian iPhone.

Bagaimanapun, salah sebuah kedai menerima kaedah pembayaran tersebut.

Lelaki itu kemudian dilihat mengosongkan guni atas lantai dan pekerja mengira duit tersebut.

Tidak beberapa lama kemudian, 'pengemis' itu mengambil iPhone Pro Max dan memeriksanya dan mengambil gambar dengan pekerja di kedai tersebut.

Sejak dikongsi dalam platform media sosial, dia ditonton 34 juta kali dan ratusan ribu tanda suka dan komen.

Artikel Berkaitan:

Walaupun segelintir pengguna menyukai ekperimen sosial itu, mereka turut memuji layanan terhadap pengemis itu tanpa pilih kasih.

"Hormatilah pelanggan biarpun siapa mereka dan jangan menilai buruk seseorang tanpa sebab," kata netizen.

iPhone 15 telah mula dijual di India pada 22 September lalu. Harga ditawar ialah RM4,399 hingga RM5,899. - Agensi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!