Shila Amzah pilih untuk 'tutup mulut'

Shila ambil pendekatan untuk berdiam diri.
Shila ambil pendekatan untuk berdiam diri.
A
A
A

TENANG menghadapi dugaan dihadapi, penyanyi Shila Amzah kini memilih untuk berdiam diri daripada mengeluarkan kenyataan balas terhadap konflik keluarganya.

Ujar Shila atau nama sebenarnya Nurshahila Amir Amzah, 33, mahu membiarkan keadaan reda dan percaya apa sahaja berlaku memerlukan masa untuk pulih.

“Saya tak nak paksa dan hanya boleh berdoa perkara ini reda secepat mungkin kerana pada akhirnya ini hal keluarga.

Shila pernah mengakui gambar kebahagiaan keluarga yang dipaparkan di media sosial tidak sama dengan realiti sebenar. - Foto Instagram shahilaamzah
Shila pernah mengakui gambar kebahagiaan keluarga yang dipaparkan di media sosial tidak sama dengan realiti sebenar. - Foto Instagram shahilaamzah

“Saya pun bukan jenis yang suka bercakap hal keluarga di media sosial. Sebelum ini lebih kepada kerja dan aktiviti. Doakan yang terbaik untuk keluarga kami,” jelasnya.

Shila berkata demikian ketika ditemui selepas program Famili Duo musim ketiga di Shah Alam pada Ahad.

Turut serta dalam rancangan terbitan TV3 itu adalah adik ketiganya, Amir Syahir.

Ditanya adakah dia bersedia untuk bertemu ibunya, Fauziah Sarman, penyanyi Jauh Hati itu tidak menolak.

Artikel Berkaitan:

“Tentu saya akan jumpa mak. Itu mak. Cuma bila waktunya biarlah masa dan jodoh yang menentukan,” ujarnya ringkas.

Mengulas lanjut mengenai konflik dihadapi kini, Shila berkata, biarpun ada ketikanya tidak tidur lena memikirkan perkara dilalui, kehidupan tetap perlu diteruskan seperti biasa.

Malah, Shila tidak menafikan fokus terhadap pertandingan yang baru bermula banyak membantu mengalih perhatiannya.

“Seperti masalah teknikal di pentas, kita kena teruskan persembahan. Begitu jugalah dengan kehidupan. Mungkin disebabkan saya dan Syahir perlu memberi perhatian kepada pertandingan yang baru bermula, maka kami ada keutamaan yang perlu difikirkan.

“Untung juga kerana kami ada sistem sokongan yang kuat. Macam saya ada suami yang tak pernah buat saya rasa keseorangan. Saya masih ada Syahir, ada kawan-kawan, peminat.

Shila bersyukur kerana mendapat sokongan yang kuat daripada suami.
Shila bersyukur kerana mendapat sokongan yang kuat daripada suami.

“Bukan nak kata keadaan berat jadi ringan, tetapi terkawal untuk saya kendalikan dan mungkin disebabkan sudah berada dalam bidang ini, muka kena terlihat ok, jadi saya terlupa seketika masalah dihadapi,” katanya yang merasakan ujian yang datang mematangkannya sebagai seorang anak, kakak, isteri dan ibu.

Natural

Dalam pada itu, Syahir, 28, mengambil pendekatan untuk bersikap natural dan tidak menyebelahi mana-mana pihak terhadap konflik yang berlaku.

Jelas Syahir, dia kini masih tinggal sebumbung bersama ibu, abangnya, Amir Syafiq, 30, dan adiknya, Syada atau Nursyuhada, 25.

Shila bersama adik ketiganya, Syahir. - Foto Instagram shahilaamzah
Shila bersama adik ketiganya, Syahir. - Foto Instagram shahilaamzah

“Saya secara peribadi merasakan tidak ada hak untuk bercakap mengenai perkara ini dan masih cuba kekalkan hubungan dengan keluarga.

“Malah saya bukan hanya sentiasa ada untuk kakak tetapi juga mak dan adik. Atas sebab ini, saya kena jadi lebih rasional, berfikiran matang dan tidak menyebelahi mana- mana pihak kerana isu ini sebenarnya hanya melibatkan kakak dan mak,” katanya.

Bahkan, Syahir sudah mengundang ahli keluarganya untuk menyaksikan persembahan mereka di Famili Duo, tetapi pada masa sama memahami sebab ketidakhadiran mereka.

Sebelum ini, krisis dalaman keluarga Shila bermula selepas Syada membuat luahan mencari rumah sewa disebabkan bakal dihalau keluar dari kediaman didiami bersama ibu mereka.

Keadaan bertambah panas apabila Syafiq mendakwa Shila mahu menjual rumah didiami sejak sekian lama kerana mahukan wang segera.

Bagaimanapun kenyataan itu dibidas Shila yang juga isteri kepada Ubai dengan mendakwa menanggung perbelanjaan keluarga selama ini termasuk majlis perkahwinan Syafiq.

Tidak berakhir di situ, Fauziah pula ibarat memarakkan api yang menyala apabila mengakui tidak reda dengan apa dilakukan Shila.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!