Adiguru tarikan baharu pelancongan di Kelantan

Wan Eikmal (tengah) melihat bakat seorang adiguru yang mahir membuat blok batik semasa Jejak Warisan Adiguru Tourism Wilayah Timur di Rumah Melayu Kelantan Tiang 12 di Kota Bharu.
Wan Eikmal (tengah) melihat bakat seorang adiguru yang mahir membuat blok batik semasa Jejak Warisan Adiguru Tourism Wilayah Timur di Rumah Melayu Kelantan Tiang 12 di Kota Bharu.
A
A
A

KOTA BHARU - Kewujudan adiguru atau pengamal kesenian tradisional yang berpengalaman di Kelantan bakal menjadi tarikan baharu sekali gus merancakkan lagi industri pelancongan di negeri ini.

Pengarah Tourism Malaysia Wilayah Timur, Wan Eikmal Khalil berkata, terdapat 18 adiguru di Kelantan terdiri daripada tukang pembuat blok batik, wayang kulit, kelingkam, seramik dan banyak lagi.

Menurut Wan Eikmal, pihaknya ingin mengubah persepsi tentang pelancongan yang bukan hanya sekadar melawat air terjun dan sebagainya tetapi boleh dikembangkan melalui aktiviti jejak adiguru.

"Kesemua mereka mempunyai keistimewaan masing-masing yang boleh menarik minat pelancong untuk ke sini.

"Selain mahir dalam seni yang diceburi pada masa sama mereka boleh memberi tunjuk ajar kepada yang berminat," katanya semasa sidang akhbar pada Selasa.

Wan Eikmal (kanan) terpegun melihat seni tenunan kelingkam yang menjadi antara daya tarikan adiguru di Kelantan.
Wan Eikmal (kanan) terpegun melihat seni tenunan kelingkam yang menjadi antara daya tarikan adiguru di Kelantan.

Sebelum itu beliau merasmikan Jejak Warisan Adiguru Tourism Wilayah Timur di Rumah Melayu Kelantan Tiang 12 di sini.

Hadir sama, pemilik Rumah Melayu Kelantan Tiang 12, Johan Ariff Ismail.

Artikel Berkaitan:

Mengulas lanjut Wan Eikmal berkata, Kelantan dipilih sebagai negeri pertama di Pantai Timur bersesuaian dengan sasaran kemasukan tujuh juta pelancong pada tahun ini.

Beliau turut berharap tarikan terhadap adiguru tersebut dapat membantu mencapai sasaran tersebut.

"Sebagai negeri serambi Makkah, Kelantan bukan sahaja terkenal dengan pelancongan Islam tetapi sejarah, kesenian yang boleh menggamit memori serta menarik minat pelancong dari dalam dan luar negara," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!