Dua beranak tak sempat bawa masuk ayam sejuk beku

Ayam sejuk beku dari Singapura yang dirampas di LTSIP ketika membuat pemeriksaan terhadap seorang ibu dan anak lelakinya.
Ayam sejuk beku dari Singapura yang dirampas di LTSIP ketika membuat pemeriksaan terhadap seorang ibu dan anak lelakinya.
A
A
A

KOTA BHARU - [DIKEMASKINI] Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Kelantan (Maqis) Kelantan merampas ayam sejuk beku daripada seorang wanita dan anaknya yang cuba dibawa masuk dari Singapura di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) di sini petang kelmarin.

Pemeriksaan terhadap wanita berusia 55 tahun bersama anaknya itu dilakukan dengan kerjasama Jabatan Kastam Diraja Kelantan.

Pengarah Maqis, Mohd Azam Yahya berkata, anak lelaki wanita itu yang berusia 22 tahun membawa sebuah kotak yang dibalut plastik lut sinar dan mengandungi empat bungkusan plastik berisi ayam sejuk beku seberat tujuh kilogram dengan nilai RM100.

"Produk tersebut dipercayai dibawa masuk untuk kegunaannya sendiri tetapi penumpang warga tempatan terbabit gagal mengemukakan dokumen Permit Import yang dikeluarkan Maqis dan sijil kesihatan veterinar dari negara asal.

"Perbuatan penumpang tersebut yang membawa keluaran pertanian tanpa melalui prosedur yang betul boleh menyebabkan kerugian besar kepada negara jika produk ini mempunyai penyakit berbahaya," katanya dihubungi Sinar Harian hari ini.

Mohd Azam berkata, perbuatan mengimport tanpa permit sah daripada Maqis menjadi suatu kesalahan di bawah Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728).

Katanya, jika sabit kesalahan boleh dihukum di bawah Seksyen 11(3), akta sama iaitu denda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya sekali.

Pada 20 November lalu juga, pihak berkenaan berjaya mematahkan cubaan membawa masuk pelbagai jenis hasilan ikan dan daging termasuk sosej babi seberat 50 kilogram (kg) di lapangan terbang yang sama.

Artikel Berkaitan:

Larangan pengimportan serta larangan membawa masuk produk berkenaan menerusi laluan udara bertujuan menghalang risiko kemasukan penyakit African Swine Fever (ASF) ke negara ini dan merosakkan industri penternakan negara.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!