Identiti dua rangka manusia belum dikenal pasti

Laporan Sinar Harian pada Isnin.
Laporan Sinar Harian pada Isnin.
A
A
A

IPOH - Polis masih belum mengenal pasti identiti dua rangka manusia yang dijumpai atas bumbung bangunan sebuah syarikat di Sitiawan pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Mohamed Nordin Abdullah berkata, setakat ini polis hanya dapat mengesahkan rangka tersebut adalah rangka manusia.

"Butiran mangsa belum dikenal pasti, kita masih menunggu laporan penuh hasil bedah siasat untuk tindakan selanjutnya," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.

Laporan penemuan tengkorak dan serpihan tulang tersebut dimaklumkan seorang wanita sekitar jam 10.20 pagi.

Hasil pemeriksaan di tempat kejadian telah menjumpai dua rangka manusia tanpa jantina dan identiti serta sehelai bendera Perak, beberapa potongan salotip berwarna hitam, cebisan kain bercorak warna-warni dan cebisan kain bendera Perak.

Turut ditemui cebisan baju kotor kemeja putih, sarung bantal biru, bungkusan plastik merah berisi, disyaki tengkorak manusia setiap satu dan sebilah pisau berhulu plastik hitam.

Kes telah diklasifikasikan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!