Kompleks Sukan Gua Musang mampu cungkil bakat dari hulu Kelantan

Pembinaan Kompleks Sukan Gua Musang sebagaimana yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Sabtu lalu mampu mencungkil lebih ramai bakat-bakat baharu dalam arena sukan khususnya di kawasan hulu Kelantan.
Pembinaan Kompleks Sukan Gua Musang sebagaimana yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Sabtu lalu mampu mencungkil lebih ramai bakat-bakat baharu dalam arena sukan khususnya di kawasan hulu Kelantan.
A
A
A

PEMBINAAN Kompleks Sukan Gua Musang sebagaimana yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Sabtu lalu mampu mencungkil lebih ramai bakat-bakat baharu dalam arena sukan khususnya di kawasan hulu Kelantan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Mohd Syahbuddin Hashim berkata, Gua Musang tidak ketandusan bakat dalam bidang sukan apabila ada sahaja individu yang terpilih untuk negeri.

"Sebagai contoh juara sukan golf bagi kategori bawah 12 Majlis Sukan Sekolah-sekolah Negeri (MSSN) berasal dari Gua Musang.

"Ini membuktikan di sini tidak ketandusan bakat dalam bidang sukan, jadi pembinaan kemudahan itu tepat pada tika dan masanya," katanya ketika dihubungi pada Selasa.

Menurut beliau, permohonan untuk mendapatkan kompleks yang akan dikenali sebagai Kompleks Belia dan Sukan Kelantan Selatan Gua Musang itu telah dikemukakan oleh beliau sejak tahun 2015 lalu sewaktu menjadi Yang Dipertua Majlis Belia Kelantan.

Ujarnya, pembinaan mini stadium, dewan serbaguna untuk permainan 'indoor' antara perkara yang dihasrat oleh beliau.

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Gua Musang itu memberitahu, pada masa sama pembinaan itu mampu memberikan manfaat kepada masyarakat Orang Asli.

Tambah beliau, kejayaan Saap Baharum yang terpilih sebagai pelatih Akademi Bola Sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) membuktikan komuniti di sini mampu berjaya jika terdedah dengan kemudahan yang lebih baik.

Artikel Berkaitan:

"Justeru itu, kemudahan ini mampu menjadikan Gua Musang sebagai salah satu hub melahirkan jaguh sukan bukan sahaja untuk negeri malah negara yang mampu bersaing di pentas dunia," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!