Harga ayam, telur: FLFAM, KPKM belum ada keputusan muktamad

Laporan Sinar Harian. Gambar kecil: Jeffery.
Laporan Sinar Harian. Gambar kecil: Jeffery.
A
A
A

SHAH ALAM - Pertemuan bersama Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) pada Isnin bagi membincangkan penentuan dan hala tuju harga bekalan ayam serta telur di pasaran masih belum ada sebarang keputusan muktamad.

Penasihat Persekutuan Persatuan-Persatuan Penternak Malaysia (FLFAM), Datuk Jeffery Ng Choon Ngee berkata, sebarang keputusan mengenai isu berkenaan akan diputuskan kementerian itu dalam masa terdekat.

“Saya sokong keputusan kerajaan untuk mengapungkan bekalan ini kerana sedikit sebanyak dapat ringankan juga beban penternak.

“Dalam perbincangan, kami hanya berbincang langkah terbaik yang boleh diambil dan menyuarakan pandangan masing-masing mengenai isu ini," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pembentangan Belanjawan 2024 pada Jumaat menyatakan kerajaan akan menyeimbangkan dan mengapungkan harga ayam serta telur lebih rendah daripada harga apungan sedia ada.

Kata beliau, trend semasa menunjukkan bekalan itu mula stabil dan harga pasaran semasa kini berada di bawah harga siling kawalan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!