Busana Tradisional

A
A
A
Usahawan busana tradisional Rasinah Japar, 67, (kanan) dibantu anaknya Sharaizah Mohd Arip, 47, bergambar bersama pelbagai koleksi busana tradisi ketika ditemui fotoBernama di Pasar Sentral UTC Labuan baru-baru ini.

Bermula dengan kedai jahitan biasa, Rasinah bersama anaknya telah mengusahakan perkhidmatan menyediakan busana tradisional etnik Borneo sejak 2015 lagi.

Menurutnya, lebih sepuluh jenis busana tradisional yang tersedia untuk sewaan atau dijual seperti pakaian etnik Kedayan, Brunei, Rungus, Kadazan, Dusun dan Bisaya.

Sehingga kini, busana tradisional yang diusahakan Rasinah mendapat tempahan dari Sabah, Sarawak, Semenanjung, Brunei dan Indonesia, terutama menjelang musim perayaan dan festival kebudayaan.

Busana tradisi mempunyai ciri-ciri tertentu yang menjadi perlambangan atau identiti sesebuah masyarakat berdasarkan kepercayaan agama dan amalan serta aktiviti seharian mereka.
Artikel Berkaitan:


Disamping menjadi sumber pendapatan, pada masa yang sama berusaha mengangkat kembali nilai tradisi yang semakin hilang ditelan zaman, seterusnya memperkasa budaya bagi rujukan generasi akan datang.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

Artikel Disyorkan
No Image Caption
GALERI

Pasar Besar Kedai Payang

No Image Caption
GALERI

Pameran Alice Saves Wonderland

No Image Caption
GALERI

Feri dari Pangkalan Raja Tun Uda

No Image Caption
GALERI

Festival Udara Taiping 2024