Michelle Yeoh antara 8 ahli baharu IOC

Michelle Yeoh dipilih sebagai ahli baharu Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) pada hari terakhir Sesi ke-141 IOC di sini, pada Selasa. - Foto Bernama
Michelle Yeoh dipilih sebagai ahli baharu Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) pada hari terakhir Sesi ke-141 IOC di sini, pada Selasa. - Foto Bernama
A
A
A

MUMBAI - Pemenang Oscar Tan Sri Michelle Yeoh dipilih sebagai ahli baharu Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) pada hari terakhir Sesi ke-141 IOC di sini, pada Selasa.

Aktres antarabangsa kelahiran Malaysia berusia 61 tahun itu merupakan antara lapan ahli baharu yang dipilih dalam jawatankuasa berkenaan.

Menyertai bekas juara skuasy remaja itu ialah Yael Arad (Israel), Balazs Furjes (Hungary), Cecilia Roxana Tait Villacorta (Peru), Michael Mronz (Jerman) dan Petra Sorling (Sweden), lapor Xinhua.

Kelima-lima mereka telah dicadangkan sebagai ahli individu oleh Lembaga Eksekutif IOC pada September.

Selain itu, Jae Youl Kim dari Korea Selatan serta Mahrez Boussayene (Tunisia) turut dipilih dalam jawatankuasa berkenaan atas sumbangan mereka dalam bidang sukan. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!