LRA Sungai Semenyih, Bukit Tampoi belum dapat beroperasi

Laporan Sinar Harian sebelum ini berhubung penutupan LRA Sungai Semenyih dan Bukit Tampoi akibat pencemaran bau.
Laporan Sinar Harian sebelum ini berhubung penutupan LRA Sungai Semenyih dan Bukit Tampoi akibat pencemaran bau.
A
A
A

SHAH ALAM - Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih dan Bukit Tampoi belum dapat beroperasi ekoran bacaan pencemaran bau masih berada pada paras 1 ton.

Ketua Jabatan Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), Abdul Halem Mat Som berkata, buat masa ini, pihaknya sedang memantau kualiti air mentah di sungai terlibat dan mendapati ia belum mencapai piawaian untuk dimasukkan ke muka sauk.

Menurutnya, pencemaran bau tidak boleh dirawat di loji berikutan dikhuatiri akan menyebabkan bau sehingga ke premis pengguna seperti yang pernah berlaku sebelum ini.

"Oleh itu, LRA Sungai Semenyih dan LRA Bukit Tampoi masih belum boleh beroperasi sehingga bacaan mencapai paras 0 ton iaitu tiada langsung kesan pencemaran bau," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pencemaran bau di Sungai Semenyih menyebabkan sebanyak 336,930 akaun pengguna di wilayah Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang mengalami gangguan bekalan air.

Gangguan bekalan itu berikutan LRA Semenyih dan Bukit Tampoi yang terpaksa dihenti tugas susulan pencemaran bau tersebut.

Mengulas lanjut, Abdul Halem berkata, Air Selangor menjangkakan tempoh pemulihan gangguan bekalan itu akan mengambil sedikit masa.

"Namun demikian, segala tindakan yang perlu sedang dilakukan bagi mempercepatkan proses pemulihan bekalan selepas loji kembali beroperasi.

Artikel Berkaitan:

"Ini termasuk dengan menyediakan bantuan bagi mengurangkan kesulitan pengguna berikutan insiden ini," katanya.

Katanya, bantuan bekalan air kecemasan terus dipergiatkan dengan lori-lori tangki digerakkan ke kawasan terjejas dan keutamaan diberikan kepada pengguna serta premis kritikal termasuk hospital.

"Selain itu, 11 PKS (pusat khidmat setempat) turut disediakan dengan pertambahan pili-pili awam untuk pengguna terjejas yang beroperasi 24 jam," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Sungai Semenyih tercemar: 328, 957 akaun alami gangguan bekalan air

LRA Bukit Tampoi pula henti operasi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!