Padang SNBJ kelihatan sempurna
PADANG Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) kelihatan sempurna untuk aksi final Pestabola Merdeka antara Malaysia dan Tajikistan malam ini.
Sebelum ini, padang tersebut dikritik selepas mengalami kerosakan dan tercabut di beberapa bahagian padang ketika perlawanan skuad Harimau Malaya menentang India pada Jumaat lalu.
Berdasarkan pemerhatian Sinar Harian, rumput padang yang tercabut tersebut telah ditutup kembali dengan rumput baharu, namun tidak dapat dipastikan sama ada ia benar-benar bersedia untuk perlawanan malam ini.
Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) pada Ahad mengesahkan padang tersebut bersedia untuk digunakan selepas penilaian teknikal menyeluruh dijalankan.
Penilaian tersebut dilakukan oleh perunding Zeon Zoysia yang juga kontraktor padang menerusi perbincangan yang berlangsung dengan pihak terbabit selain menggariskan langkah-langkah untuk memastikan padang berada dalam keadaan terbaik untuk perlawanan ini.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!